• scha comey
  • Gambar keluarga ketika bercuti ke Genting Highland
  • Bercuti ke Bukit Merah Lake Town
  • Bercuti ke Air Terjun Lata Iskandar
  • Kakak di Politek Seberang Prai
  • gambar syaffa
  • Kumpulan gambar Aku
  • BuDAK kEnIt
  • memori
  • memori

Rencana Terpilih

SENARAI YANG DIPERTUAN AGUNG MALAYSIA

Yang Dipertuan Agong PertamaYang Dipertuan Agong Pertama – Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 – 1 April 1960



Yang Dipertuan Agong KeduaAl-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960



Yang Dipertuan Agong KetigaAl-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 – 20 September 1965



Yang Dipertuan Agong KeempatAl-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 – 20 September 1970



Yang Dipertuan Agong KelimaTuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 – 20 September 1975



Yang Dipertuan Agong KeenamAl-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 – 30 Mac 1979



Yang Dipertuan Agong KetujuhTuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al-Mu’adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 – 25 April 1984



Yang Dipertuan Agong KelapanTuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 – 26 April 1989



Yang Dipertuan Agong KesembilanTuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 – 25 April 1994



Yang Dipertuan Agong KesepuluhTuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 – 25 April 1999



Yang Dipertuan Agong KesebelahAl-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 – 21 November 2001



Yang Dipertuan Agong KeduabelasSyed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 – 12 Dec 2006



Yang Dipertuan Agong KetigabelasAl-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah Negeri: Terengganu Tempoh: 12 Dec 2006 – kini

sumber : parlimen.gov.my



TIPS BELAJAR MATEMATIK (1)

Semasa saya mula-mula memasuki kelas elit tahun 6, saya agak gementar. Ini adalah projek terbaru sekolah saya. Semua pelajar paling elit dikumpulkan dalam kelas ini. “Elit? Elit ke aku ni?” fikir saya setiap masa. “Dah la matematik pun tak reti, elit konon..” kata hati saya kadangkala.

Hendak dijadikan cerita, saya duduk disebelah pelajar bernama Budiyamin. (Dah 18 tahun saya tak jumpa Budiyamin ni). Budiyamin ni pendiam sikit orangnya tetapi pandai. Satu perkara saya perasan tentang Budiyamin ni. Saya selalu nampak dia tersenyum sorang-sorang, kadangkala bercakap sorang-sorang. Risau jugak saya tengok dia. tetapi bila saya lihat betul-betul, dia tersenyum atau bercakap sorang2 ketika membuat latihan matematik rupanya. Bila cikgu tidak ada dalam kelas, dia akan buka buku matematik. Dia nampak seronok buka buku matematik macam kanak-kanak lain membuka buku komik pula. Saya hairan.

Saya tanya dia, “apa yang seronok sangat ni Budi…?”. Budiyamin menjawab “Seronok la bila dapat gak akhirnya jawapan soalan ni. Berapa hari aku cuba tak dapat-dapat”. Bila dah hari-hari saya lihat dia begitu, saya rasa saya mula memahami kenapa perangainya begitu.

Yang peliknya, sikap dia tu seolah-olah berjangkit kat saya pulak. Saya mula ikut-ikut dia buat latihan. Saya pilih yang senang je mula-mula. Tapi lama kelamaan saya dah mula boleh kejar kepantasan Budiyamin buat latihan matematik. Lama-kelamaan juga kami seolah bertanding siapa lagi cepat boleh menyelesaikan masalah matematik daripada buku teks. Semakin lama semakin seronok.

Tanpa saya sedari, saya sebenarnya sudah mula menguasai matapelajaran matematik yang selama ini saya rasa sangat susah. Saya terfikir, ” kenapa tahun lepas rasa susah sangat eh?”. Saya dan Budi berjaya menghabiskan semua soalan matematik yang ada dalam buku teks matematik. Saya tidak ada buku tambahan matematik (tidak mampu beli ketika itu) jadi Budi yang sering membawa soalan daripada buku tambahan terutamanya daripada kelas tuisyennya. Dapat la saya tumpang belajar.

Dipendekkan cerita, saya mula mendapat A dalam matapelajaran matematik. Matematik sudah menjadi matapelajaran yang pasti dapat A setiap kali peperiksaan. Malah, semasa peperiksaan sebenar UPSR, setelah guru matematik memeriksa kertas peperiksaan saya, beliau senyum dan mengatakan jawapan saya betul semua.

Kesimpulannya, apa yang dapat dipelajari daripada cerita tentang teknik belajar matematik? Saya akan huraikan kesimpulannya esok.

TIPS BELAJAR MATEMATIK (2)

Ada beberapa perkara yang belajar daripada Budiyamin tentang matematik. Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Habis, kalau kita dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian, mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan. Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.

Kedua, matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya ikut Budiyamin buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap. Malah, ramai kawan sekelas akan tanya saya dan Budiyamin tentang cara menjawab soalan matematik.

Ketiga, matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.

Keempat, anda perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?

Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.

Akhir sekali, anda perlu ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik ini.

TIPS BELAJAR MATEMATIK (3)

Manusia mula belajar sejak dari peringkat bayi lagi. Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya.Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.
Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktivitipadanan (matching), penjenisan (sorting), reguan(pairing), dan susunan aturan (ordering).
Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.

TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

1) TEORI PIAGET
Teori ini diperkenalkan olehJean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar.
Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawaperkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0–2 tahun), pra-operasi (2–7 tahun), operasi konkrit (7–11 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa). Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.
Menurut Jere Confrey (1999), “ Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities.”
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.

2) TEORI BRUNER
Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan.Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).
Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:
#1: Teorem Pembinaan
Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.
#2: Teorem Tatatanda
Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut.
#3: Teorem Kontras dan Variasi
Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.
#4: Teorem Perhubungan
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.
Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu.

3) TEORI GAGNE
Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner.Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.
Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.

4) TEORI DIENES
Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.
Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu:


  1. Prinsip Konstruktiviti : Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik.
  2. Prinsip Perubahan Perspeptual : Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.
  3. Prinsip Dinamik : Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.

My Video with Liric

http://www.youtube.com/watch?v=kj6HOryNHSs&feature=colike
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...